KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]

KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]

Pengguna pengangkutan awam di kawasan sekitar KL Sentral pasti sudah tidak asing lagi dengan Abang Meor kan?

Difahamkan, Abang Meor ini sering busking di kawasan itu sehingga ramai yang mengenalinya. Namun, kini tiada lagi hiburan daripadanya kerana Abang Meor dikatakan sudah pergi selamanya.

Melalui satu perkongsian daripada laman Twitter, berita pemergian Abang Meor yang tersebar telah membuat ramai terkesan.

https://twitter.com/saifulusop_/status/1474588802651865090

Berita pemergian Abang Meor atau nama sebenarnya Meor Yusof Aziddin Meor Hassan ini dikatakan telah dikongsikan oleh anak sulungnya, Kamelia melalui laman Facebook.

Allahyarham yang juga merupakan adik kepada penyanyi Sohaimi Meor Hassan ini difahamkan telah ditidurkan selama lebih 14 hari setelah disahkan positif Covid-19. Jenazahnya telah pun dibawa ke Masjid Alkhairiah Au3 sekitar jam 9.30 pagi pada Sabtu lalu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada jam 12 tengah hari.

 

Di laman Twitter dan Facebook, ramai yang turut berduka atas pemergian Abang Meor ini serta mendoakan agar rohnya dirahmati Allah.

Sebagai rekod, Allahyarham pernah menerbitkan 10 buah album sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik. Antaranya ialah Pesta Jiwa, Itu Padang Aku Di Situ, Dari Rakyat Untuk Rakyat, Sakrat, Redup serta beberapa lagi.

Lepasni mesti sunyi KL Sentral kan? Tak ada lagi hiburan nyanyian dari Abang Meor. Kalau ada buskers lain pun mesti tak sama dengan Abang Meor…-LB

KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker