Petugas Putra Specialist Hospital positif varian Omicron

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (PSHMSB) hari ini mengesahkan seorang petugasnya positif COVID-19 bagi varian Omicron.

Petugas berkenaan kini diletakkan di bawah perintah kuarantin selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

PSHMSB berkata, petugas tersebut sebelum ini telah mengerjakan umrah, dan diuji positif ketika di lapangan terbang.

“Keputusan ujian genom mengesahkan bahawa ia adalah varian Omicron, yang dijangkiti pada 25 Disember.

“Petugas itu tidak melapor diri untuk bekerja sejak kembali dari umrah dan tiada kontak dengan pesakit atau petugas PSHMSB,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PSHMSB berkata, pihaknya sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu, demi keselamatan pesakit, pelawat, doktor dan petugas, yang amat penting bagi mereka.

“PSHMSB akan terus bekerjasama dengan KKM bagi langkah selanjutnya yang mungkin diperlukan.

“Bagi operasi di hospital pula, ia kekal seperti biasa, dan pesakit akan terus dengan pelan penjagaan sedia ada di hospital dengan mematuhi semua langkah-langkah keselamatan,” katanya.

Petugas Putra Specialist Hospital positif varian Omicron


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bank Muamalat nafi tolak cek gereja kerana tak halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker