Bank Muamalat nafi tolak cek gereja kerana tak halal

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Berhad menegaskan ia tidak pernah mengkategorikan cek sebagai halal atau sebaliknya, susulan tular dakwaan di media sosial bank itu menolak sekeping cek sebuah gereja kerana dianggap tidak halal.

Dalam menolak tuduhan itu, Bank Muamalat menegaskan sebagai sebuah institusi perbankan, ia  menerima semua cek yang sah yang tertera butiran lengkap serta tepat.

“Pihak bank menegaskan bahawa laporan insiden cek yang didakwa dikembalikan oleh cawangan Bank Muamalat Seremban atas alasan tidak halal adalah tidak tepat,” menurut kenyataan bank itu.



Bank Muamalat menjelaskan ia telah menghubungi pelanggan kerana ada kesilapan teknikal di mana nama persatuan yang tertera pada cek berkenaan berbeza dengan nama yang didaftarkan. Berikutan itu, pelanggan diminta untuk membuat pembetulan.

Sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh pihak bank hanya bertujuan memenuhi prosedur pematuhan perbankan sedia ada, serta bagi tujuan kepentingan pelanggan bank, kata kenyataan itu.

Bank Muamalat mengeluarkan kenyataan itu selepas tular di Twitter, tuduhan cawangan Seremban bank itu dua kali menolak cek yang dikeluarkan oleh sebuah gereja kerana dianggap tidak halal.

Antara yang menyelar bank itu ialah aktivis hak asasi dan peguam Siti Kasim.



Dalam perkembangan berkaitan wakil Bank Muamalat dan ADUN Lobak, Chew Seh Yong serta wakil pelanggan terbabit mencapai kata sepakat bahawa tiada wujud elemen halal atau sebaliknya berhubung pendepositan cek berkenaan.

Yang berlaku cuma “isu teknikal dan salah faham terpencil,” kata mereka dalam kenyataan sama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata pihaknya sentiasa bersedia memberi layanan sebaiknya kepada semua pihak yang berurusan dengan pihak bank, tanpa mengira agama dan bangsa.

“Bank Muamalat komited untuk menyampaikan khidmat pelanggan yang bermutu dan telus untuk memastikan kepuasan semua pelanggan kami. Sebagai sebuah institusi perbankan Islam, operasi Bank Muamalat tertakluk kepada pematuhan prinsip Syariah, namun perkhidmatan perbankan kami diberi kepada semua pihak yang layak, tanpa mengira fahaman agama mahupun bangsa,” kata Khairul.



Bank Muamalat nafi tolak cek gereja kerana tak halal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


2 maut dirempuh treler di lorong kecemasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker