Sg Langat di paras bahaya, penduduk Kajang diminta berwaspada

Sebaran :

Penduduk di sekitar Kajang dinasihati berwaspada dengan kemungkinan banjir berikutan hujan lebat selama dua jam di daerah Hulu Langat, hari ini.

Jabatan Pengairan dan Salinan Malaysia (JPS) berkata, aras air Sungai Langat di daerah Hulu Langat berada pada paras bahaya.

“Hujan lebat berterusan diterima di daerah Hulu Langat selama dua jam. Dinasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir sentiasa berwaspada.

“Aras air di Sungai Langat di Taman West Country berada pada paras bahaya dengan trend menaik. Dinasihatkan penduduk sentiasa berwaspada dan mematuhi nasihat pihak berkuasa,” kata JPS dalam pengumuman di Facebook, hari ini.



Dalam perkembangan itu, beberapa hantaran di Facebook mendakwa sebahagian kawasan Kajang sudah dinaiki air.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima panggilan dan tiba di Taman Lembah Mewah, Kajang kira-kira 12 minit kemudian, pada pukul 5.47 petang.

Jabatan itu berkata banjir kilat berlaku akibat hujan lebat dan longkang yang tersumbat.

“Kedalaman air sebanyak dua kaki dan semakin surut. (Kejadian) tidak melibatkan mangsa,” kata jabatan itu lagi.



Sg Langat di paras bahaya, penduduk Kajang diminta berwaspada


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *