Calon BN fail petisyen batal keputusan pilihan raya Sungai Udang, dakwa ada elemen rasuah

Calon BN fail petisyen batal keputusan pilihan raya Sungai Udang, dakwa ada elemen rasuah

Calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Ali Mohamad yang tewas di kerusi Sungai Udang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, memfailkan petisyen pilihan raya untuk membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional, Dr Mohd Aleef Yusof, atas dakwaan wujud elemen rasuah.

Ali, yang kalah dengan majoriti 530 undi majoriti dalam pertembungan empat penjuru, memfailkan petisyen itu pada 14 Dis dan mahu Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan Aleef tidak dipilih mengikut tertib dalam PRN yang berlangsung pada 20 Nov.

Beliau mahu keputusan pilihan raya di kawasan itu dibatalkan dan mahkamah membuat keputusan bersesuaian, termasuk kos.

Ali menamakan Aleef, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sungai Udang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebagai responden dalam petisyen itu.

Pengurusan kes akan diadakan di Melaka, pada 30 Dis, dengan Timbalan Pendaftar Mahkamah akan mengeluarkan arahan kepada pihak berkaitan.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya luar dari Melaka akan dilantik oleh Hakim Besar Malaya bagi mendengar pertikaian berkenaan.

Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya memperuntukan bahawa pertikaian berhubung semua pilihan raya mesti dilengkapkan dalam tempoh enam bulan selepas petisyen difailkan.

Dalam petisyennya, Ali berkata, Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz, bekas ahli Umno dan Ahli Parlimen Tanah Merah (Kelantan), menukar sokongan terhadap Bersatu, yang kini menjadi parti komponen PN.

Katanya, Aleef sebelum ini adalah ahli jawatankuasa Pemuda Umno Hang Tuah, sebelum dinamakan sebagai calon Bersatu untuk bertanding di kerusi Sungai Udang.

“Aleef sebelum ini tidak pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bergantung kepada Ikmal untuk diperkenalkan kepada pengundi di kawasan terbabit,” katanya.

Ali mendakwa, dalam pengetahuannya Aleef melakukan amalan rasuah dalam pilihan raya berkenaan atau dengan persetujuannya atau dilakukan oleh mana-mana ejennya yang tertakluk mengikut kesalahan Akta Kesalahan Pilihan Raya Seksyen 32(c).

Mahkamah berkuasa mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong sekiranya calon itu dikenal pasti terbabit dalam amalan sedemikian. FMT

Calon BN fail petisyen batal keputusan pilihan raya Sungai Udang, dakwa ada elemen rasuah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker