Banjir kilat di Kajang: Air sudah surut

KAJANG – Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir dan terdapat kenderaan dilaporkan terkandas di Jalan Bukit Mewah di sini, pada Isnin.

Situasi tersebut dikongsikan menerusi rakaman video yang tular di media sosial mengenai keadaan di jalan berkenaan selain video berasingan memaparkan keadaan air sungai mengalir deras serta berada di paras tinggi hampir melimpah ke jalan.

Maklumat awal daripada sumber memberitahu, laluan di depan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Semenyih di Kiara Plaza telah dinaiki air dan pengguna dinasihatkan mengelak daripada menggunakan laluan tersebut.



Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, banjir kilat itu dilaporkan berlaku sekitar jam 5.30 petang dan air kembali surut sejam kemudian.

“Air mulai surut sekitar 6.30 petang dan jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke Apartmen Gien Court Bandar Sungai Long selepas menerima laporan banjir kilat.

“Selain itu, BBP Kajang turut menerima laporan banjir kilat di Rumah Murah Taman Lembah Mewah, kedalaman air dianggarkan dua kaki dan air mulai surut. Kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya.



Gambar kiri: keadaan air deras di sebuah sungai di Kajang susulan hujan lebat pada Isnin. Gambar kanan: banjir kilat di Rumah Murah Taman Lembah Mewah.

Banjir kilat di Kajang: Air sudah surut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker