Raja Arab Saudi zahir simpati banjir di Malaysia

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejadian banjir yang telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia dan mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Menurut kenyataan Baginda yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi (SPA) baru-baru ini, Baginda menerima khabar berita mengenai banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia yang telah menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan.

“Kami ucapkan takziah dan simpati kepada Malaysia dan keluarga mangsa banjir yang terlibat. Dan Kami berdoa kepada ALLAH SWT agar mencucuri rahmat kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia, dan memohon kesembuhan bagi semua yang tercedera,” katanya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi kenyataan semalam, memaklumkan Menteri Kabinet Arab Saudi, Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz menzahirkan hasrat membantu Malaysia dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat banjir.

Beliau berkata, sumbangan dan bantuan ini akan disalurkan melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman. – Bernama

Raja Arab Saudi zahir simpati banjir di Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker