Kluster pertama libatkan PPS

PUTRAJAYA – Satu kluster komuniti pertama melibatkan penularan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di daerah Bentong, Pahang telah dilaporkan hari ini dikenali sebagai Kluster Karak Setia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster tersebut melibatkan seorang wanita warga Malaysia yang dikesan positif pada 19 Disember melalui saringan individu bergejala.

Menurutnya, kes mula bergejala demam, batuk, selesema dan hilang deria bau sejak 18 Disember.
“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, seramai 104 individu telah disaring dalam kluster ini. Berikutan itu, 10 kes dikesan positif Covid-19 dengan lapan kes baharu dilaporkan manakala, 94 individu negatif Covid-19.

“Punca penularan disyaki pergaulan dalam kalangan mangsa banjir di pusat penempatan tersebut. Kesemua kes positif dan kontak rapat telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.



Mengulas lanjut, katanya, sehingga kini sebanyak 11 kes positif Covid-19 dilaporkan di PPS manakala, sebanyak 429 kes direkodkan dalam kalangan mangsa banjir. K! ONLINE

Kluster pertama libatkan PPS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker