Mangsa banjir hilang rumah di Pahang terima RM200 sebulan selama 6 bulan

Mangsa banjir hilang rumah di Pahang terima RM200 sebulan selama 6 bulan

Mangsa banjir di negeri ini yang kehilangan kediaman dalam bencana itu akan menerima bantuan RM200 sebulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.

“Kerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini. Kita akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.

“Apabila permohonan mereka diproses, mereka yang layak akan menerima RM200 sebulan untuk enam bulan. Ini adalah usaha kerajaan negeri membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Ubai di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, Wan Rosdy menyerahkan bantuan RM1,500 kepada mangsa banjir termasuk RM500 tambahan daripada kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri sedang mengkaji untuk menggunakan asrama sekolah sebagai PPS pada masa depan berbanding sekolah pada masa ini.

“Berbanding menggunakan bilik darjah sebagai tempat perlindungan sementara kita boleh tempatkan mereka di asrama yang susah ada katil, tilam dan bantal,” katanya.

Beliau berkata ia adalah cadangan untuk menambahbaik PPS pada masa depan dan sedang dikaji dengan teliti termasuk berbincang dengan pihak sekolah. BH

Mangsa banjir hilang rumah di Pahang terima RM200 sebulan selama 6 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker