23 lagi korban Covid-19, lebih 1,000 bulan ini

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 23 kematian baru Covid-19 semalam (28 Dis), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,392.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 950 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, empat meninggal dunia sebelum mereka dapat menerima rawatan di hospital.

Johor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu empat.

Kes kematian lain dilapor di Terengganu (4), Perak (3), Kelantan (2), Pahang (2), Selangor (2), Kuala Lumpur (2), Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1 ) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 21 daripada 23 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 36 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 29, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,079 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian Covid-19 dilaporkan pada November, 2,704 pada Oktober, 9,678 pada September dan 7,641 pada Ogos.

Setakat semalam, terdapat 42,357 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 17.0 peratus daripada 51,026 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 36.3 peratus daripada 66,456.

Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 2,897 kes baharu semalam, sebanyak 51 daripadanya dapat dikesan kepada kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 22 (43.1 peratus) adalah daripada penularan komuniti manakala 18 (35.3 peratus) adalah dari tempat kerja.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan institusi pendidikan (6 – 11.8 peratus), kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (3 – 5.9 peratus) dan kes import (2 – 3.9 peratus).

Kementerian Kesihatan memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.

23 lagi korban Covid-19, lebih 1,000 bulan ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker