Selangor gagal tangani banjir, Otai Reformasi gesa buat pendengaran awam SELCAT

Selangor gagal tangani banjir, Otai Reformasi gesa buat pendengaran awam SELCAT

Kumpulan pro-Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mencari punca kegagalan negeri itu menangani bencana banjir.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, sebagai negeri termaju, Selangor tidak wajar hanya bergantung kepada bantuan Putrajaya dalam memberikan bantuan mengurus bencana banjir.

“Otai mengusulkan agar pendengaran awam SELCAT disegerakan untuk rakyat tahu di mana silapnya koordinasi bilik gerakan Unit Bencana Selangor di bawah seliaan Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) gagal berfungsi dengan baik apabila ‘siren’ kecemasan di war-warkan oleh Jabatan Meteorologi di media arus perdana dan dilapangan air mula menenggelamkan kenderaan di Shah Alam dan Klang ketika itu.

“Sebagai negeri termaju di Malaysia adalah tidak wajar bergantung kepada Putrajaya untuk bantuan aset membantu pemindahan mangsa banjir. Sewajarnya Selangor sudah siap siaga dengan aset tersebut kerana seringkali berlakunya banjir kilat sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Kumpulan itu juga mempertikaikan peranan Setiausaha Kerajaan, Haris Kasim semasa dan sebelum berlaku banjir besar di beberapa lokaliti di sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

“Dato’ SUK gagal ‘mengaktifkan’ untuk menggerakkan aset-aset agensi kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain pihak berkaitan untuk kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir terlibat.

“Otai mempertikaikan kenapa bot-bot milik Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) contohnya tidak digerakkan ke kawasan yang teruk terjejas di Sri Muda, sedangkan Sri Muda hanya terletak kurang 4.5km dari ibu pejabat MBSA,” katanya sambil menggesa SUK membuat penjelasan berhubung isu terbabit.

Katanya, Selangor juga tidak wajar menuding jari kepada Putrajaya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab membantu mangsa banjir.

“Sebagai ketua pentadbir negeri maka Menteri Besar juga patut pikul tanggungjawab ekoran bencana ini,” katanya. FMT

Selangor gagal tangani banjir, Otai Reformasi gesa buat pendengaran awam SELCAT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker