28,287 mangsa banjir terima bantuan wang ihsan – PM

28,287 mangsa banjir terima bantuan wang ihsan – PM

Setakat tengah hari tadi, seramai 28,287 mangsa banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam hantaran di Twitter.



Ketua isi rumah di kawasan banjir layak menerima bantuan wang tunai RM1,000, manakala keluarga mangsa yang terkorban akibat banjir akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), mangsa banjir layak mendapat bantuan wang tunai setiap kali banjir melanda.

Kerajaan juga memberikan rebat 100 peratus ke atas tarif elektrik kepada mangsa banjir bagi bil bulan Disember.

Pada masa ini, banjir melanda bahagian selatan Semenanjung Malaysia, pantai timur dan beberapa bahagian di Sabah.



Tiga minggu lalu, beberapa kawasan di Lembah Klang dan Pahang dinaiki air selepas hujan berterusan. Mk

28,287 mangsa banjir terima bantuan wang ihsan – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker