SPRM tubuh panel khas, ‘bersihkan’ agensi secara dalaman



SPRM tubuh panel khas, ‘bersihkan’ agensi secara dalaman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk jawatankuasa hal ehwal dalaman khas untuk mengesan and menyiasat pegawainya yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah.

Dalam sidang media hari ini, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang, berkata lembaga berpuas hati dengan tindakan diambil oleh SPRM terhadap pegawainya sendiri dalam kes berprofil tinggi baru-baru ini.

“Dari awal SPRM dan LPPR menegaskan suspek mesti didakwa di mahkamah secepat mungkin untuk mengelak persepsi negatif,” katanya.

“Seperti diketahui, kuasa mendakwa (suspek) terletak pada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan bukan SPRM.”




Kenyataannya itu melibatkan kes seorang pegawai SPRM yang didakwa menyeleweng USD6.94 juta (kira-kira RM29 juta) yang dirampas agensi berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019 di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

September lalu, FMT melaporkan pegawai itu turut disiasat kerana kesalahan berkaitan senjata api dan dadah.

SPRM turut merampas aset bernilai RM1.6 juta milik pegawai itu termasuk kediaman di Selangor, dua motosikal Ducati dan dua kereta.

Agensi antirasuah itu terdahulu mengesahkan tiga pegawai kanannya telah ditahan bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan salah laku dalam kes melibatkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Ab Hamid. FMT




SPRM tubuh panel khas, ‘bersihkan’ agensi secara dalaman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Leave a Reply

Your email address will not be published.