Guna RXZ buat jaja aiskrim

Guna RXZ buat jaja aiskrim

Motosikal Yamaha RXZ yang menjadi kegilaan peminat permotoran dan dijual sehingga RM70,000 nampaknya sedikit ‘jatuh saham’.

Ini berikutan satu klip video yang tular di media sosial ketika ini menyaksikan seorang penjual aiskrim menggunakan motor kayangan tersebut untuk menjaja sehaja.

Menurut pemilik Yamaha RXZ berwarna merah itu, ketika ini ramai yang cari dan tular berkenaan motosikal tersebut.

“Orang bayar ribu-ribu nak cari pun payah motor ni. Tular semua, saya biasa sahaja menjual aiskrim sahaja,” jelas penjual aiskrim tersebut.

Rata-rata orang ramai juga geli hati dengan gelagat penjual tersebut dan ramai berkata lelaki tersebut ternyata orang lama dalam bidang permotoran.

“Tengok abang ni, buat jual aiskrim je. Orang kita sahaja yang buat harga motor ni gila-gila mahal, rosak harga di pasaran.

“Orang lama biasa je, bawa menjaja aiskrim dalam kampung. Selamba je tengok muka dia,” jelas Adam Radzi.

“Tengok RXZ dia elok lagi, warna pun lawa lagi. Ada orang nak jual, body dah berkarat pun cecah RM20, 000.

“Jangan jadi hamba sangat la, kenderaan ni bukan kekal lama pun, jadi besi buruk juga nanti. Tahniah bang aiskrim,” kata Angah_kemaman. K Online.

Guna RXZ buat jaja aiskrim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker