Warga Emas Maut Rempuh SUV, Meunggang Motosikal Secara Melawan Arus [VIDEO]

Sebaran :

Warga Emas Maut Rempuh SUV, Meunggang Motosikal Secara Melawan Arus [VIDEO]

SEORANG lelaki berusia 55 tahun yang menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, Pulau Pinang maut selepas merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari Ahad (2 Januari).

Menurutnya, SUV itu dalam perjalanan ke Sungai Dua dari tol Prai apabila lelaki warga emas itu yang menunggang motosikal dari arah bertentangan, merempuhnya di KM4.8.



VIDEO DIBAWAH:-

Mohd Shuhaily berkata kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terhadap kes itu dianggap ditutup.

Terdahulu, rakaman detik kemalangan itu sempat dirakamkan kamera pemuka (dashcam) SUV tersebut dan tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, penunggang berkenaan menunggang melawan arus di lorong kiri sebelum melencong ke kanan dan bertembung dengan SUV yang tidak sempat mengelak. –THE STAR

Warga Emas Maut Rempuh SUV, Meunggang Motosikal Secara Melawan Arus [VIDEO]



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *