Jemaah umrah patut tanggung kos kuarantin – Siti Kasim

Jemaah umrah patut tanggung kos kuarantin – Siti Kasim

Jemaah umrah patut menanggung sendiri kos kuarantin setelah pulang ke tanah air, kata peguam lantang dan kontroversi Siti Zabedah Kasim.

Dia mempersoalkan kenapa kerajaan harus menanggung kos itu memandangkan mereka sendiri yang memilih untuk ke luar negara semasa pandemik.

“Mereka harus menanggung sendiri perbelanjannya seperti orang lain yang pulang daripada perjalanan luar negara.

“Kenapa kerajaan pula yang menanggungnya?

“Mereka yang pilih untuk ke luar negara semasa pandemik. Mereka tidak patut diberikan layanan istimewa,” katanya di media sosial tengah hari ini.

Siti Kasim berkata demikian ketika berkongsi berita berkaitan pilihan kuarantin percuma di tempat yang diuruskan kerajaan kepada jemaah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad semalam mengumumkan perkara itu selepas terdapat kebimbangan jemaah untuk menanggung kos mahal bagi kuarantin di hotel.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam membangkitkan itu itu yang menurutnya membebankan, selepas mereka tidak lagi dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Kebimbangan itu semakin meningkat ekoran sesetengah mereka dikesan dijangkiti varian Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada minggu lalu berkata kegagalan sesetengah individu mematuhi perintah kuarantin menyebabkan Covid-19 menjangkiti keluarga mereka.

Justeru Khairy berkata kerajaan memutuskan untuk meletakkan jemaah umrah yang pulang mulai 3 Jan dikuarantin di hotel terpilih.

Mereka yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu diarahkan menjalani kuarantin wajib di hotel yang dikhususkan dengan kos sekitar RM250 ke RM335 sehari. MK

Jemaah umrah patut tanggung kos kuarantin – Siti Kasim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker