Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?

Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, hari ini mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tahniahlah MP Gua Musang kerana mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasannya.



“Memang berani kerana umum sokong PMX (perdana menteri kesepuluh) setelah dua rakannya MP Kuala Kangsar dan Labuan digantung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Puad secara sinis menyoal ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lain bila mereka akan mengambil tindakan yang sama dengan menasihatkan mereka supaya tidak menunggu terlalu lama.

“MP Jeli, Tanah Merah, Ketereh, Hulu Trengganu, Sungai Besar dan Langkawi bila lagi?

“Jangan tunggu lama lama. Kapal lama semakin tenggelam. Welcome aboard,” katanya.



Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri, semalam berkata dia menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mohd Azizi Abu Naim (PN- Gua Musang)
Sebelum ini, ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman, juga menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasan mereka.

Sokongan ketiga-tiga ahli parlimen PN itu memberikan kerajaan pimpinan Anwar majoriti dua pertiga.

Semalam, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu juga mengumumkan keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain telah digantung. Mk



Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker