Raja bomoh muncul kembali, kali ini buat upacara tolak banjir

Raja bomoh muncul kembali, kali ini buat upacara tolak banjir

Ibrahim Mat Zin atau gelarannya “Raja Bomoh” membuat kemunculan semula, kali ini dengan membuat upacara tolak banjir.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Perak Press, ritual tolak bala itu dilakukan berdekatan Teluk Gelanggang, Teluk Intan pada hari ini.

Turut kelihatan dalam upacara berkenaan ialah seorang wanita dikenali sebagai ‘puteri Zaleha’ yang menurut Ibrahim adalah pengasas kepada pertubuhan Serai Semambu.

Dalam rakaman itu, Ibrahim dan Zaleha dilihat membuat ritual tepung tawar dengan menggunakan bahan-bahan seperti beras kunyit, daun-daun kayu dan bunga-bungaan.

Turut kelihatan di hadapan mereka adalah kitab suci al-Quran.

“Ya Allah ya tuhan ku, ku pohon kepada Mu ya Allah, janganlah turunkan sebarang musibah di teluk ini. Datang dan pergi memanglah kerja kau Ya Allah tetapi redakanlah penduduk ini supaya hidupnya aman damai dan tidak ditimpakan musibah.

“Janganlah tenggelamkan teluk ini ya Allah, ku pohon kepada-Mu ya Allah,” Zaleha didengar berdoa.

Dalam rakaman itu Zaleha juga didengar menyanyikan lagu “Mayang Sari”.

Ketika ditanya perakam video berkenaan, Ibrahim berkata upacara yang dilakukan itu adalah untuk memohon kepada Allah supaya banjir disurutkan.

“Upacara yang kita buat hari ini adalah upacara petua-petua di zaman dahulu. Kita memohon kepada Allah SWT, kita minta supaya Teluk Intan ini jangan banjir atau jangan banjir besar, dapat disurutkan dengan izin Allah.

“Kita berdoa kepada Allah, kita buat di tepi pantai supaya bagi salam kepada Nabi Khidir bersama puan Zaleha, pengasas Serai Semambu.

“Kita minta semua (tempat di) Malaysia turun air, bukan kata di Teluk Intan sahaja, tapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia,” kata Ibrahim yang memakai kot dan bertengkolok merah.

Ibrahim mula menjadi perhatian susulan kehilangan pesawat MH730 pada 2014, dengan melakukan ritual di KLIA Sepang untuk membantu mengesan kapal terbang itu menggunakan buah kelapa dan buluh yang dijadikan “teropong”.

Pada 2017 pula, ketika hangat isu pembunuhan abang pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Nam, dia sekali lagi membuat kejutan dengan membuat ritual di beberapa lokasi.

Pada masa itu dia menggunakan buah kelapa, buluh dan lima meriam buluh, yang didakwanya untuk melindungi negara daripada serangan nuklear oleh Korea Utara. Mk

Raja bomoh muncul kembali, kali ini buat upacara tolak banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker