Pembalakan, rosak persekitaran itu ‘kepala maksiat’, berbanding dosa pakai ketat – Zaid

Pembalakan, rosak persekitaran itu ‘kepala maksiat’, berbanding dosa pakai ketat – Zaid

Pembalakan dan merosakkan persekitaran adalah ‘kepala maksiat’, kata Zaid Ibrahim merujuk kepada papan tanda yang dilihatnya di Tumpat, Kelantan, memaparkan notis supaya rakyat jangan berpakaian ketat.

Bekas Menteri Undang-Undang itu, berkata denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika berpakaian ketat, dianggap keterlaluan kerana hukum Islam adalah mengajar, bukan menghukum.

“Saya rasa bukan cara kita mengajar mengajak rakyat berpakaian sopan, ini cari pasal dan menyusahkan orang sebab maksiat ini bukan sekadar pakaian.

“Kalau kita balak, kita hancurkan negeri kita…mengeluarkan balak begitu banyak, merosakkan persekitaran menyebabkan banjir besar, itupun maksiat itu kepala maksiat,” katanya dalam hantaran video ringkas di Facebook.

Kritikan Zaid itu muncul selepas kerajaan Kelantan menafikan dakwaan aktiviti pembalakan mencetuskan bencana banjir yang melanda negeri berkenaan.

Sambil menegaskan kerajaan negeri tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan, Timbalan Menteri Besarnya, Mohd Amar Nik Abdullah, dilaporkan Bernama, pada Khamis lalu, berkata pembalakan di negeri itu dijalankan mengikut peraturan ditetapkan.

Dalam pada itu, Zaid berkata pemimpin kerajaan negeri terutama daripada PAS perlu menekankan soal ekonomi, berbanding menyusahkan rakyat untuk membayar denda.

“Sebab itu, kalau saya perintah Kelantan..tak ada penjara, saya bagi denda RM200 sahaja. Itu sepatutnya, Islam mengajar bukan menghukum, kalau menghukum maknanya PAS, sebenar Islam (itu) nasihat dan ada kemanusiaan,” katanya. FMT

Pembalakan, rosak persekitaran itu ‘kepala maksiat’, berbanding dosa pakai ketat – Zaid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker