Polis siasatan Ramasamy berkait kenyataan isu Loh

Polis siasatan Ramasamy berkait kenyataan isu Loh

Polis telah memulakan siasatan susulan laporan dibuat ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan provokasi mengenai isu anak kepada ibu tunggal Loh Siew Hong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata siasatan terhadap Ramasamy itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5).

“Polis mengesahkan telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran Facebook Ramasamy bertajuk ‘penukaran agama secara unilateral di Perlis?’perasaan situasi yang berulang lagi’.

“Hantaran bertarikh 13 Feb tersebut bersifat provokatif dan telah mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan istilah pengislaman uniteral, penculikan, manipulasi, paksaan dan ancaman dalam mengulas isu hak penjagaan anak-anak Loh,” katanya dalam kenyataan.

Jalil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum, Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.

Katanya, setakat 23 Feb pihak polis menerima sebanyak enam laporan polis membabitkan tulisan Facebook Ramasamy.

“Siasatan masih diteruskan dan pihak polis menasihati orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Sebelum ini beberapa Parti politik termasuk NGO membuat laporan polis ke atas Ramasamy yang mengeluarkan kenyataan yang didakwa mereka berunsur perkauman mengenai isu anak-anak Loh. FMT

Polis siasatan Ramasamy berkait kenyataan isu Loh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker