PRN Johor: Orang Muda Johor Tidak Akan Undi MUDA – MB Kedah

Oleh Megat Terawih

MB Kedah, Sanusi begitu yakin bahawa MUDA adalah alat kepada DAP dan oleh kerana itu maka golongan pengundi muda di Johor tidak akan mengundi parti tersebut.

Tegas Sanusi, bukti MUDA sebagai alat DAP adalah kerana presidennya sendiri, Syed Saddiq menjadi pencadang bagi calon DAP dan bukannya kepada calon dari parti sendiri sedangkan MUDA bertanding di tujuh DUN.

Sampai ke hari ini Syed Saddiq berdalih dan mengelak dari menjawab kepada media kenapa beliau bertindak mengiringi dan menjadi pencadang kepada calon DAP.

Ramai berpandangan tindakan Syed tersebut ada kaitannya dengan perjanjian beliau dengan DAP yang memimpin pakatan harapan.

Berkemungkinan bantuan kewangan untuk menggerakkan jentera MUDA di sepanjang siri kempen pilihanraya kecil negeri Johor.

Mungkin juga kerana bantuan guaman yang diberikan oleh DAP bagi Syed menghadapi dakwaan di mahkamah atas tuduhan pecah amanah wang parti ketika beliau memimpin Armada parti PPBM.

Segalanya mungkin apabila bersangkut dengan wang.

Credit : MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker