95 kematian baharu Covid-19, 26,534 kes

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 95 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 26,534 kes Covid-19 termasuk 25,843 penularan tempatan dan 691 import.

Daripada jumlah kematian itu, 23 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 33,994.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Johor (16), Perak (14), Kedah (10), Perak (enam), Pulau Pinang (lapan), Sabah (lima); Melaka, Pahang, Perlis (masing-masing empat); Negeri Sembilan dan Sarawak (masing-masing tiga), Kelantan (dua) serta Terengganu (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 304,147 kes aktif dilaporkan, termasuk 376 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 222 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 31,234 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan dalam negara ketika ini mencecah 3,872,135.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker