Pengubahan wang haram RM10j: Bekas pengerusi Mara Inc mengaku tak bersalah

Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Mohammad Lan Allani semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Kota Kinabalu, atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10 juta.

Mohammad Lan, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Abu Bakar Manat.

Mohammad Lan didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan wang RM3 juta daripada akaun Private Banking Portfolio CIMB Bank miliknya ke akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad juga miliknya di CIMB Bank, Jalan Sagunting Central Building di Kota Kinabalu pada 10 Dis 2012.



Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memindahkan wang RM7 juta ke dalam akaun miliknya di tempat dan hari yang sama.

Mohammad Lan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar menetapkan wang jaminan RM100,000 dan 30 Jun untuk tarikh sebutan semula kes, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai sementara tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.

Pada 10 Jan lepas, Mohammad Lan dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada dua pertuduhan itu.



Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai, memohon supaya Mohammad Lan dilepaskan tanpa dibebaskan berikutan dia akan didakwa semula terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini.

Sementara itu di mahkamah sama, bekas Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Abel Ongkunik, 50, mengaku tidak bersalah atas 29 pertuduhan rasuah dilakukannya di beberapa bank di Kota Kinabalu antara 2017 hingga 2018, melibatkan jumlah RM1.29 juta.

Mengikut pertuduhan, Abel secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipal, iaitu meluluskan lesen kerja-kerja bagi tujuan perkhidmatan penundaan kapal kepada beberapa syarikat di Sabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.



Hakim Abu Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 April depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F. Mirchelle Sambatan manakala tertuduh diwakili peguam P.J Perira.

-Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker