#PRNMelaka : N12 Pantai Kundor – Tidak pernah terjadi, belum menang tapi telah dianggap YB mereka

Oleh Wahida

Sejurus Puan Tuminah Kadir@Mohd Hasi disahkan sebagai calon N12 Pantai Kundor mewakili Barisan Nasional, beliau telah diminta penduduk kampung di Pengkalan Lanjut meninjau kawasan longkang yang dikatakan tersumbat. Mereka merayu kepada Puan Tuminah atau lebih dikenali sebagai Kak Ina mengatasi masalah ini.

Tanpa disedari penduduk kampung, Kak Ina masih belum dilantik sebagai Yang Berhormat dan hanya akan diundi pada 20 November nanti. Nampaknya betapa warga Pantai Kundor mengharapkan agar Kak Ina menang dalam pilihanraya nanti.

Selepas menyantuni masalah penduduk di Pengkalan Laut terlebih dahulu, Kak Ina telah meneruskan programnya melawat kawasan di PDM Ayer Salak bersama-sama wakil MCA dan UMNO Ayer Salak untuk membincangkan kerja-kerja PRN N12 Pantai Kundor.

Kak Ina telah mengambil kesempatan ini untuk memberi semangat kepada Jentera PDM bagi memastikan Barisan Nasional kekal menang nanti. Sebagai #KeluargaMalaysia, Kak Ina tidak langsung berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari rakan parti komponen Barisan Nasional, MCA. Malahan, MCA Pantai Kundor telah kehadapan bersama-sama Kak Ina merancang gerak-kerja mereka sepanjang kempen nanti.

Kak Ina bertekad untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada warga Pantai Kundor demi membawa perubahan tanpa mengira Bangsa dan Agama.

Sememangnya sesuatu yang tidak pernah terjadi, baru saja berkempen, calon Barisan Nasional ini telah pun dianggap sebagai wakil rakyat mereka. Sudah pasti pengundi di N12 Pantai Kundor juga akan satu hati memastikan Kak Ina yang mewakili Barisan Nasional menang pada 20 November nanti.

Teruskan Menyokong N12 Kak Ina, Barisan Nasional DUN Pantai Kundor.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker