Pensyarah USM dan adik lelaki dipenjara tiga tahun salah guna kedudukan

Badaruddin Mohamed di Mahkamah Sesyen di Butterworth di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM807,475 terhadap seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan adik lelakinya selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan kes salah guna kedudukan 10 tahun lalu.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Profesor Badaruddin Mohamed,56, dan Mustafa Kamal,50, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya dipenjara antara sebulan hingga enam bulan mengikut pertuduhan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri manakala pembelaan diwakili peguam, Shamsul Sulaiman.

Dalam prosiding sama, Shamsul mengemukakan rayuan untuk pihaknya memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh itu menyerahkan pasport dan wajib melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan sehingga kes rayuan selesai.

Pada Oktober 2018, Badaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukannya mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya, MK Urusniaga (M) Sdn. Bhd. membekalkan pelbagai barangan bagi jabatan tempat dia bekerja.

Ia membabitkan pembelian barangan seperti kamera dan barangan pejabat yang keseluruhannya bernilai RM160,163.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Komunikasi Strategik dan Sustainable Tourism Research Cluster, USM di George Town dekat sini antara September 2011 hingga November 2012.

Badaruddin didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Mustafa Kamal pula didakwa atas pertuduhan bersubahat di tempat dan lokasi sama mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker