Penganjur acara fesyen jangan khianat model – Jovian

Penganjur acara fesyen jangan khianat model – Jovian

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berharap penganjur acara fesyen tidak mengkhianati mana-mana individu susulan tular isu kegagalan membayar upah model selepas melaksanakan tugas di pentas peragaan. Jovian berkata, penganjur sepatutnya berterus-terang mengenai masalah dalaman yang berlaku hingga mengakibatkan kelewatan bayaran upah kepada pihak tertentu.

“Nak berjaya jangan khianat orang. Alhamdulillah saya dalam perniagaan ini sudah 16 tahun. Saya percaya kejayaan saya berlandaskan keikhlasan terhadap pasukan, keluarga dan pihak yang saya bekerjasama selama ini. Saya akui dalam perniagaan ada pasang surutnya dan ada ketika saya sendiri pernah tak cukup duit nak bayar vendor.

“Kalau anda pernah dengar saya lambat bayar kepada jurumekap ketika membuat satu kempen, tapi saya selalu berkomunikasi dengan mereka. Saya akan cerita mengalami kesulitan aliran tunai dan beri sedikit masa untuk selesaikannya. Janganlah apabila sudah dapat duit, pergi berjoli. Bayarlah. Saya juga selalu terapkan prinsip jadikan vendor sebagai rakan kerja dan sentiasa bersikap jujur,” katanya.

Terdahulu, model dan pelakon Alicia Amin membuat kejutan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur semalam apabila tampil membuat protes mengenai isu bayaran.

Tular video Alicia berdiri seorang diri sambil memegang plakad yang mendakwa terdapat individu yang dikatakan tidak membayar upah model yang sudah melunaskan kerja mereka di pentas peragaan.

Menurut Jovian, tindakan penganjur tidak membayar upah kepada model yang sudah melunaskan kerja adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya ada dengar cerita ini dan ia sangat memalukan. Masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku sebab kita bercakap soal usaha, keringat, tenaga dan masa yang diberikan.

“Kalau tengok kerjaya model ini tak mudah. Mereka ini sudahlah dipanggil bekerja seawal jam 7 pagi dan kadang-kadang tugas mereka selesai sehingga lewat malam. Hampir 17 jam bekerja namun bayaran yang diterima ‘ciput’. Jadi kalau tidak dibayar saya sendiri rasa sakitnya.

“Bagaimanapun kita sendiri tak tahu apa masalah yang dihadapi penganjur sehingga mengelak untuk membayar sedangkan mereka adalah pembayar. Tapi apa yang saya dimaklumkan kebanyakan penganjur fesyen ini bergerak hasil duit penajaan,” katanya. HM

Penganjur acara fesyen jangan khianat model – Jovian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker