Bangkit selepas ditipu rakan RM250,000

Bangkit selepas ditipu rakan RM250,000

Seorang lelaki tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan menagih simpati sebaliknya bangkit semula de­ngan menjadi seorang tukang masak walaupun terpaksa menggunakan tongkat dan bangku khas ketika bekerja.

Enra Zuana Sadikin, 52, yang membuka warung Angah Co­ner di Jalan Parit Mesjid di sini berkata, keadaan itu berlaku apabila lutut kaki kanannya ce­dera semula hingga mengakibatkan dia tidak dapat berdiri de­ngan betul.

“Saya terlibat dalam kemalangan pada 18 tahun lalu yang menyebabkan lutut saya tercedera. Bagaimanapun, sakit itu kembali semula tahun lalu hingga membataskan pergerakan seharian.

“Kesakitan itu mengakibatkan saya tidak dapat tidur malam dengan selesa. Sebelum ini saya pernah menjadi chef di sebuah hotel di Terengganu,” katanya ketika ditemui.

Menurut Enra, dia kemudian berhenti kerja dan membuka perniagaan bersama beberapa rakan kongsi sebelum diperdaya dan diisytiharkan muflis pada 2013 selain terpaksa membayar balik pinjaman berjumlah RM250,000.

Tambahnya, kejadian itu memaksanya tidak keluar rumah selama seminggu dan menyepikan diri kerana terkejut dan tidak percaya rakan kongsinya sanggup menganiaya dirinya.

“Saya kemudian mengambil keputusan balik ke Pontian bersama isteri, Nadia Wati Elias, 39, pada 2020 dengan mengusahakan perniagaan menjual makanan sarapan pagi,” ujarnya.

Ujar Enra, dia menggunakan pengalamannya untuk menyediakan makanan berasaskan sup seperti gear box, ayam, kam­bing yang disajikan dengan nasi lemak, nasi goreng serta roti.

Jelasnya, walaupun dalam keadaan menahan sakit lututnya, dia terpaksa memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan dia sendiri memasaknya dan bukannya orang lain.

“Bagi memudahkan urusan seharian, saya membina bilik di belakang gerai yang disewa sebagai tempat tinggal bersama keluarga dan tiga anak yang berusia enam hingga 11 tahun,” tambahnya.

Menurut Enra Zuana, antara menu kegemaran pelanggan ialah mi rebus yang mempunyai tiga pilihan masakan iaitu gear box, daging dan babat. K Online

Bangkit selepas ditipu rakan RM250,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker