Mentega Terbang diharamkan KDN

Mentega Terbang diharamkan KDN

Kerajaan mewartakan perintah larangan terhadap penayangan filem kontroversi Mentega Terbang di seluruh negara.

Warta bertarikh 1 September lalu menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 itu turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

Warta itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada 21 Ogos lalu.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta terbabit.

Berdasarkan warta itu, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.

Malah, tular tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak tular itu mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. BH

Mentega Terbang diharamkan KDN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker