Suami isteri pecah cermin kereta, curi barangan berharga dicekup

Suami isteri pecah cermin kereta, curi barangan berharga dicekup

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri yang aktif melakukan jenayah pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga di daerah Kuala Muda dan Yan dekat sini sejak awal tahun ini berjaya ditahan Jumaat lalu.

Pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 28 tahun yang merupakan penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Taman Semeling Maju dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai barangan seperti rantai tangan, rantai leher, cincin, resit jualan barang kemas dan telefon bimbit.

“Sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah dan sebuah lagi kereta yang dibeli hasil kegiatan itu turut dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Adzli berkata, kedua-dua suspek menyasarkan kawasan tumpuan ramai untuk melakukan jenayah tersebut.

“Barangan yang dicuri akan dijual kepada orang tertentu sahaja dengan hasil jualan digunakan untuk perbelanjaan harian,” ujarnya.

Menurut beliau, mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, polis turut menahan empat ahli Geng Mad Add berusia antara 20 hingga 23 tahun kerana terlibat dalam 20 kes curi motosikal di daerah Kuala Muda sejak Julai 2019.

Kata Adzli, dalam tangkapan itu, polis merampas beberapa barangan antaranya sebuah mesin canai, 10 rangka motosikal dan sebuah enjin motosikal yang dilaporkan hilang. K Online

Suami isteri pecah cermin kereta, curi barangan berharga dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker