Russia berundur dari Chernobyl

Russia berundur dari Chernobyl

Tentera Russia sudah mula berundur dari tapak kuasa nuklear Chernobyl yang tidak berfungsi, sehari selepas Moscow menyatakan keinginannya untuk mengurangkan serangan ke atas dua bandar utama Ukraine.

Pada 24 Februari lalu, pihak tentera merampas kawalan ke atas tapak Chernobyl, iaitu tempat sisa radioaktif, pada hari pertama pencerobohan.

Menurut pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chernobyl adalah kawasan di mana Russia mula menyusun semula tentera mereka dengan meninggalkan kemudahan Chernobyl sebelum bergerak ke Belarus.

“Kami fikir mereka akan pergi, namun tidak dapat mengesahkan sama ada mereka semua sudah pergi,” katanya.

Tentera Russia turut menawan loji nuklear terbesar Eropah di Zaporizhzhia pada 4 Mac lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan apabila tembakan di kemudahan latihan akan menyebabkan kebakaran.

Ketua pemerhati atom Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Rafael Grossi, yang melawat Loji Tenaga Nuklear di Ukraine Selatan dalam lawatan pertamanya ke negara itu sejak pencerobohan Russia, menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan berlaku bencana nuklear.

Grossi berulang kali memberi amaran mengenai bahaya konflik, di negara yang mempunyai kemudahan nuklear yang meluas.

Ukraine mempunyai 15 reaktor di empat loji kuasa nuklear aktif dan penyimpanan sisa nuklear, termasuk di Chernobyl – tapak bencana nuklear paling teruk di dunia pada 1986.

Dengan serangan yang berterusan, Ukraine dan kuasa Barat menyatakan keraguan mereka terhadap ikrar Russia untuk mengurangkan aktiviti ketenteraan di sekitar Chernigiv dan ibu kota Kyiv. BH

Russia berundur dari Chernobyl


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker