12 syarikat dan projek mega pernah di ‘Bailout’ oleh kerajaan

LANGKAH bailout (pakej penyelamatan) oleh kerajaan terhadap sesebuah syarikat dianggap memberi imej positif atau mewakili kepentingan negara, bukan sesuatu perkara baharu.

Usaha kerajaan untuk ‘bailout’ syarikat-syarikat tertentu adalah bertujuan mengelakkan syarikat itu terus merudum dan akhirnya bankrap.

Suntikan dana boleh jadi dalam pelbagai bentuk, tidak terhad dalam pemberian tunai. Dalam kes kerajaan ‘bailout’ syarikat, boleh jadi dalam bentuk pinjaman, pembelian bon kerajaan dan sebagainya.



Bagaimanapun, tidak semua syarikat layak mendapat layanan ‘istimewa’ ini, di mana keputusan itu perlu dipertimbangkan dari sudut kesannya terhadap ekonomi negara.

Mengambil contoh satu senario di mana sesebuah syarikat dianggap simbolik utama negara atau merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) besar dan mempunyai jumlah pekerja yang ketara.

Jika syarikat ini bankrap, imej dan ekonomi negara akan terpalit dan ramai pekerja diberhentikan kerja yang secara tak langsung memberi kesan kepada ekonomi negara.

Berikut merupakan senarai 12 syarikat dan projek mega yang pernah di’bailout’ kerajaan demi kepentingan umum:



1) Transit Aliran Massa (LRT) Putra-Kelana Jaya

Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, projek pembinaan LRT Putra-Kelana Jaya telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) dan mula beroperasi tahun 1998.

Projek ini gagal disiapkan dan di ‘bailout’ apabila diambil alih oleh syarikat Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

2) LRT2 (Star-Ampang)



Projek ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest dengan nilai pegangan saham 30 peratus dan mula beroperasi pada tahun 1996.

LRT2 telah gagal disiapkan dan di‘bailout’ oleh kerajaan pada tahun 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3) KL Monorail

Projek Kuala Lumpur (KL) Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group pada mesyuarat kabinet Jun tahun 1989.



Projek ini gagal disiapkan disebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah.

KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

 

Prasarana mengambil alih KL Monorail pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.
Prasarana mengambil alih KL Monorail pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

 



4) Bas Intrakota

Perkhidmatan bas Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom bagi menghapuskan imej bas mini dan menaik taraf sistem pengangkutan awam di ibu kota.

Projek ini juga berdepan masalah, sebelum ‘bailout’ dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2003 melalui syarikat Prasarana dengan nilai RM177 juta.

5) Perwaja Steel



Bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama di antara syarikat Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun, Nippon Steel Corporation, penubuhan syarikat Perwaja Steel pada mulanya dianggap signifikan.

Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion, sebelum syarikat itu menjadi lumpuh susulan berdepan hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.

Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diselamatkan.

 

Skandal Perwaja Steel turut menggemparkan negara sekitar tahun 2002.
Skandal Perwaja Steel turut menggemparkan negara sekitar tahun 2002.

 

6) Bumiputera Malaysia Finance (BMF)

Nama Bank Bumiputera Berhad (BBMB) banyak dikaitkan dengan aktiviti ‘bailout’ kerajaan, namun ia sebenarnya berlaku melibatkan anak syarikat kepada bank itu iaitu Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Berlaku pada tahun 1983, BMF didapati memberi pinjaman sejumlah amaun besar kepada sebuah syarikat berdaftar di Hong Kong bernama Carrian Group, bagi tujuan membeli hartanah di negara itu.

Selepas berlakunya kejatuhan nilai hartanah Hong Kong, Carrion Group mula mengalami masalah membayar hutang kepada BMF.

Senario itu membawa kepada siasatan BBMB terhadap urusniaga bank itu dan Carrion, seterusnya menyebabkan seorang auditor bank itu, Allahyarham Jalil Ibrahim dibunuh sewaktu melakukan semakan.

Pemegang saham terbesar BBMB, Permodalan Nasional Berhad (PNB) terpaksa menggunakan dana sumbangan Amanah Saham Nasional (ASN) bagi menutup kerugian dilakukan Carrion Group dianggarkan berjumlah RM2.5 bilion.

7) Proton Holdings

Walaupun Proton dimiliki sektor swasta 100 peratus pada tahun 2016, kerajaan telah menyelamatkan Proton dengan pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion bagi membolehkan ia membayar balik hutang kepada vendor dan menyelamatkan kira-kira 30,000 kakitangan Proton daripada kehilangan pekerjaan.

Syarikat itu kemudiannya menjual 49.9 peratus ekuiti kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Zhejiang Geely Holding atau Geely pada tahun 2017.

8) Malaysia Airlines Berhad (MAS)

MAS menerima suntikan dana daripada kerajaan pada saat keputusan sama ada ia akan ditutup, dijual, diusahakan pencarian rakan kongsi atau menjadi entiti berterusan disubsidi, masih belum dimuktamadkan.

Daripada tahun 2001 hingga 2014, syarikat penerbangan negara itu menerima suntikan dana sebanyak RM17.4 bilion daripada kerajaan.

Pada tahun 2017, syarikat pengurusan ‘sovereign wealth’ negara, Khazanah Nasional Bhd, memperuntukkan sebanyak RM6 bilion kepada MAS bagi menjayakan program penstrukturan semula syarikat itu.

9) Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

Rancangan membangunkan PKFZ hasil cetusan idea Menteri Pengangkutan pada tahun 1997 iaitu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dan diluluskan kabinet pada tahun 1999.

Namun spekulasi PKFZ mula timbul apabila kos projek itu meningkat berkali-kali ganda berbanding kos awal, daripada angka asal bernilai RM1.1 bilion kepada RM4.6 bilion setelah disiapkan keseluruhannya pada tahun 2007.

Dalam satu kajian audit dilakukan pada tahun 2008, anggaran keseluruhan kos PKFZ termasuklah jumlah faedah hutang perlu ditanggung berjumlah RM12.5 bilion.

10) AirAsia Group Bhd

Bagi tempoh enam bulan pertama 2020, AirAsia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.8 bilion manakala pendapatan turun lebih separuh hingga RM2.43 bilion daripada RM5.65 bilion tempoh sama tahun lalu.

Akibat pandemik Covid-19 itu, Kumpulan AirAsia mengumumkan syarikat penerbangan tambang murah itu menerima kelulusan Danajamin Nasional Berhad untuk pinjaman sehingga RM1 bilion bagi pulih daripada impak Covid-19.

Pinjaman yang dijamin 80 peratus daripada nilai itu oleh kerajaan Malaysia, adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi bagi menyokong perniagaan terjejas akibat pandemik itu.

 

Syarikat MAS dan AirAsia antara dua syarikat penerbangan tempatan yang diselamatkan kerajaan susulan berdepan kerugian.
Syarikat MAS dan AirAsia antara dua syarikat penerbangan tempatan yang diselamatkan kerajaan susulan berdepan kerugian.

 

11) 1MDB

Apa lagi yang perlu diperkatakan mengenai 1MDB? Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai satu usaha ‘bailout’ kerajaan yang terbesar dalam sejarah negara ini.

Dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 bilion, merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.

Kerajaan sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang itu untuk matang masih lambat.

Menurut Tengku Zafrul, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Energy Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

Skandal 1MDB tercetus apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh menyalurkan lebih RM2.67 bilion (hampir AS$700 juta) daripada syarikat yang dikendalikan oleh kerajaan itu, kepada akaun bank peribadi beliau pada tahun 2015.

Menurut akaun yang difailkan secara umum, 1MDB mempunyai hampir RM42 bilion (AS$11.73 bilion) dalam bentuk hutang.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun, Najib sedang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

 

Usaha kerajaan bailout 1MDB dianggap antara langkah penyelamatan terbesar dalam sejarah negara.
Usaha kerajaan bailout 1MDB dianggap antara langkah penyelamatan terbesar dalam sejarah negara.

 

12) Felda

Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM6.23 bilion kepada Felda secara berperingkat dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan mengikut keperluan demi kelestarian masa depan agensi rancangan pembangunan tanah itu.

Peruntukan itu yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ di Dewan Rakyat pada tahun 2019.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker