Muhyiddin Pakar Tikam Belakang

Oleh Nurul Aisyah

MUNGKIN generasi muda kurang mengenali siapa Muhyiddin Yassin namun bagi mereka yang pernah bekerjasama dengan beliau tahu sisi gelap Muhyiddin yang sanggup menikam belakang siapa sahaja asalkan hasrat beliau tercapai.

Ironinya, parti Muhyiddin iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cuba mencetuskan propaganda dengan menipu kononnya Muhyiddin dipecat oleh Datuk Seri Najib Razak kerana isu 1MDB.



Persoalannya, adakah Muhyiddin menikam belakang Pak Lah, Najib , Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) serta derhaka terhadap Yang Di Pertuan Agong kerana 1MDB?

Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Muhyiddin mengkhianati Pak Lah untuk mencapai cita-citanya menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau mengkhianati Datuk Seri Najib tetapi tidak berjaya untuk menjadi Perdana Menteri(PM). Muhyiddin mengkhianati Mahathir dan PH sehingga berjaya menjadi PM. Beliau menderhaka kepada Agong semata-mata mahu kekalkan jawatan PM.

Raja-raja Melayu terpaksa mengeluarkan titah bersama bahawa Darurat tidak boleh dilanjutkan dan parlimen perlu bersidang. Malah YDP Agong keluarkan titah untuk zahir duka cita sebab Muhyiddin boleh pula “back-date” pembatalan Darurat untuk mengelakkan undian dalam Dewan Rakyat di mana dia boleh ditumbangkan.



Malaysia satu-satu saja negara dalam dunia yang menggantungkan parlimen paling lama dengan alasan Covid sebab Muhyiddin tidak mahu buka parlimen untuk elak ditumbangkan? Muhyiddin sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa peribadi.

Namun selepas Muhyiddin mengkhianati Mahathir dan PH, beliau tanpa segan silu minta mahu bekerjasama semula dengan Mahathir dan PH baru-baru ini hanya sebab Muhyiddin bercita-cita mahu jadi PM semula.

Permintaan tersebut ditolak terus oleh Mahathir dan DAP secara umum dengan alasan tidak mahu berpakat lagi dengan pengkhianat. DAP menutup pintu kerjasama dengan Muhyiddin selepas tidak lagi mempercayai beliau yang didakwanya bersikap “tikam belakang”. DAP
menolak kerjasama dengan Muhyiddin Yassin kerana beliau menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Memetik page Facebook Datuk Seri Najib, beliau menyangkal propaganda jahat PPBM yang mendakwa Muhyiddin dipecat atas alasan 1MDB.



Entah berapa kali saya sudah sangkal propaganda ini.
Dia dipecat sebagai Timbalan Menteri saya pada bulan Julai 2015 sebab dalam kabinet dia cakap lain, luar kabinet dia cakap lain.
Sebab dia sudah berkomplot dengan Mahathir dan Mukhiz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya.- Najib Razak

Mukhriz sudah mengaku ini di Mahkamah pada tahun 2017.

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014- Mukhriz

Lalu Muhyiddin dipecat dari UMNO pada bulan Jun 2016 oleh panel disiplin parti disebabkan beliau berkempen bersama Mahathir, DAP dan PKR pada bulan Mac 2016 dalam acara menipu “Selamatkan Malaysia”.



Oleh itu, propaganda PPBM bahawa Muhyiddin dipecat disebabkan oleh 1MDB tidak benar sama sekali. Beliau sebenar seorang pakar tikam belakang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker