Bufet Ramadan percuma untuk keluarga miskin

Bufet Ramadan percuma untuk keluarga miskin

MELAKA – Sebuah pengusaha restoran di Pulau Melaka di sini bukan sahaja menawarkan bufet Ramadan pada harga berpatutan, malah turut diberikan percuma kepada keluarga miskin dari Melaka yang tidak berkemampuan.

Pengurus Selat Avenue, Muhammad Shafiq Jamuri, 26, berkata, selain niat bersedekah, tawarannya itu juga bertujuan memberi peluang kepada golongan terbabit merasai nikmat sekali berkumpul bersama keluarga berbuka puasa secara bufet.

“Saya yakin, dalam kegembiraan ramai yang berkemampuan menikmati bufet Ramadan hari ini, pastinya ada segelintir keluarga miskin yang sekadar melihat dari jauh kerana tidak mampu walaupun sekali membawa isteri dan anak-anak mereka.



“Sebab itulah di Selat Avenue, datang sahaja kami akan sediakan tempat setakat termampu secara percuma kepada golongan ini yang juga sebagai tanda penghayatan Ramadan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mengulas mengenai sambutan diterima bagi restoran yang diusahakan bersama rakannya, Muhammad Iqbal Ibrahim, 29, Muhammad Shafiq berkata, ini adalah tahun pertama mereka menawarkan bufet Ramadan sejak restoran itu dibuka 1 April lalu.

“Bufet yang ditawarkan berharga RM39 untuk setiap seorang dewasa atau warga emas dan RM29 untuk kanak-kanak dengan 30 pilihan pelbagai juadah sehingga 1 Mei ini.

“Antara menu disediakan adalah ikan kembung tiga rasa, ikan bakar, ayam masak lada hitam, aneka kuih, aiskrim, asam pedas tetel, 10 jenis air balang, bubur dan pelbagai lagi bermula jam 6.30 petang sehingga 10 malam,” katanya.



Tambahnya, setakat ini Selat Avenue Semarak Iftar yang boleh memuatkan 200 pelanggan di kawasan terbuka pada satu-satu masa sudah habis ditempah sehingga hari terakhir operasi bufet 1 Mei ini.

Bufet Ramadan di Selat Avenue berharga RM39 untuk setiap seorang dewasa atau warga emas dan RM29 untuk kanak-kanak dengan 30 pilihan pelbagai juadah sehingga 1 Mei ini.

“Selepas Aidilfitri, kita akan menjadikan Selat Avenue sebagai pusat sehenti untuk 18 vendor makanan terkenal di Melaka yang sudah menyatakan kesediaan mereka beroperasi di sini.

“Jadi selepas ini, pelancong tidak perlu lagi pergi ke setiap lokasi tertentu untuk merasai kelazatan makanan di Melaka kerana semuanya telah kita himpunkan di sini,” tambahnya. MG



Bufet Ramadan percuma untuk keluarga miskin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker