KD Jebat patahkan cubaan 21 bot nelayan asing masuk perairan negara

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang cubaan pencerobohan 21 buah Bot Nelayan Asing (BNA) daripada memasuki perairan negara berhampiran perairan Pulau Perak petang semalam.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan penyaluran maklumat yang pantas menerusi Pusat Kawalan Maritim (MCC) Barat telah mengatur gerak aset terhampir iaitu Kapal Diraja (KD) Jebat untuk ke lokasi pengesanan awal BNA itu di sekitar perairan Selatan Pulau Perak.

“Setiba di posisi pengesanan, KD Jebat mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran ke atas tiga buah BNA di lapangan dan kekal membayangi BNA sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

“Baki 18 buah BNA lagi yang dilaporkan, dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara,” menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, pesawat B200T (RMF 377) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan keberadaan 21 buah BNA berkenaan di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika Selatan Pulau Perak dan 40 batu nautika Barat Laut Pulau Jarak.

“Maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Malaysia tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara.

– Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker