Liga Juara-Juara Asia: Gol Forestieri, Bergson Bernilai RM212,650



Liga Juara-Juara Asia: Gol Forestieri, Bergson Bernilai RM212,650

Jaringan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva ketika membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan Ulsan Hyundai 2-1, malam tadi membolehkan Harimau Selatan menambah AS$50,000 (RM212,650) lagi sebagai hadiah kemenangan buat Harimau Selatan.

Ia menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora kini mengumpul hadiah kemenangan sebanyak RM425,300 dalam dua perlawanan peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas turut menang dalam aksi pertama berdepan Guangzhou, Jumaat lalu.

Pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kumpulan saingan ACL akan menerima AS$50,000, manakala pasukan yang seri akan memperoleh AS$10,000 (RM42,530).

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Ulsan Hyundai di Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

 

Harimau Selatan akan meneruskan saingan dalam Kumpulan I berdepan juara liga Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.




Selain itu, kemenangan JDT ke atas Ulsan Hyundai juga memberikan Malaysia tiga lagi mata di dalam ranking pertandingan kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Malaysia berada di tangga ke-21 sebelum dua kemenangan terbaru JDT.

Malaysia kekal di tangga ketujuh Asia Timur tetapi semakin menghampiri Thailand, Vietnam dan China sekali gus penyertaan lebih banyak kelab Malaysia dalam pertandingan AFC pada 2024 semakin hampir.

 

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva ketika menjaringkan gol kedua JDT pada aksi menentang Ulsan Hyundai FC pada Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JDT menyumbang 14 daripada 14.45 mata yang diperoleh Malaysia sejak 2019.

Mata yang dikumpul oleh JDT pada tahun sebelum ini memastikan satu slot automatik ke ACL dan dua slot automatik ke Piala AFC untuk Malaysia pada 2022 dan 2023.-BH




Liga Juara-Juara Asia: Gol Forestieri, Bergson Bernilai RM212,650

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Leave a Reply

Your email address will not be published.