Sepak remaja 14 tahun, 11 pelajar sekolah ditahan

Sepak remaja 14 tahun, 11 pelajar sekolah ditahan

SEJAK akhir-akhir ini, banyak kes buli sehingga mengakibatkan kecederaan dilaporkan berlaku dalam kalangan pelajar terutama yang berada di sekolah asrama.

Khamis lalu, satu lagi kejadian serupa dilaporkan berlaku, kali ini di sebuah sekolah asrama di Kuala Nerus, Terengganu.

Memetik laporan Astro Awani, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, seorang remaja berusia 14 tahun mengalami kecederaan ringan dan lebam pada bahagian peha kiri serta kanan.

Ia selepas beberapa rakan asramanya dikatakan telah memukul dan menyepak mangsa.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din memaklumkan seramai 11 pelajar sekolah asrama di Kuala Nerus itu telah ditahan semalam.

Menurut beliau, kesemua suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pukul tersebut.

Abdul Rahim berkata, semua 11 pelajar itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, semalam.

Baca artikel berkaitan: Remaja pandu X70 bapa bersama tiga rakan cedera parah

“Kejadian tersebut telah mengakibatkan kecederaan pada mangsa dengan mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira pukul 9.40 malam, Ahad lalu.

“Berdasarkan laporan tersebut, kesemua 11 suspek telah ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham yang menjadi punca tercetus kejadian pukul tersebut.

Abdul Rahim memaklumkan, kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis bagi siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Utv

Sepak remaja 14 tahun, 11 pelajar sekolah ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker