Pelajar lelaki dibelasah hampir 10 orang dalam kelas

Pelajar lelaki dibelasah hampir 10 orang dalam kelas

Sebuah video dikongsi di media sosial hari ini menunjukkan seorang pelajar lelaki dipukul hampir 10 pelajar lain di dalam kelas.

Rakaman video berdurasi 25 saat itu menunjukkan remaja berkenaan, dipercayai pelajar sebuah sekolah menengah di Langkawi, Kedah, berdasarkan pakaian seragamnya, menyatakan sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar lain, termasuk dibaling dengan meja tulis.



Utusan Malaysia melaporkan rata-rata pengguna Telegram yang melihat rakaman itu mengecam tindakan pelajar yang memukul remaja tersebut.

“Budak-budak la (sekarang) ni pakat-pakat nak tunjuk hero…,” kata Mohd Yunus Ali.

“Raya dalam lokap la,” kata Muhd Bakhtiar.

Sementara itu, Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian.



“Kes sedang dalam siasatan. Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya ketika dihubungi. FMT

Pelajar lelaki dibelasah hampir 10 orang dalam kelas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri



Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker