Nagaentran IQ rendah bukan OKU intelek – Singapura

Nagaentran IQ rendah bukan OKU intelek – Singapura

Pihak berkuasa Singapura sekali lagi mempertikaikan bahawa Nagaenthran Dharmalingam seorang orang kelainan upaya (OKU) dari segi intelek dan membayangkan ia maklumat yang salah.

Biro Narkotik Pusat (CNB) repbublik itu berhujah bahawa mempunyai IQ yang rendah tidak bermakna Nagaenthran mempunyai kecacatan.

“Perlu diingat bahawa di AS, dua orang telah dihukum mati pada Oktober 2021. Mereka mempunyai julat IQ masing-masing 64 – 72 dan 63 – 95, serupa dengan Nagaentran.

“Mahkamah AS menolak hujah berkaitan dengan dakwaan kekurangan intelek mereka,” kata biro itu pada satu kenyataan semalam.

Biro itu juga berkata peguam Nageanthran, M Ravi telah mengakui bahawa dia tidak mempunyai kepakaran perubatan untuk menyokong dakwaannya bahawa tertuduh mempunyai usia mental seseorang di bawah umur 18 tahun.

Ia mengulangi bahawa pakar psikiatri yang dipanggil oleh pihak pembelaan bersetuju di mahkamah bahawa Nagaenthran tidak cacat dari segi intelek.

Lebih lanjut CNB Berkata bahawa mahkamah mendapati bahawa tindakan lelaki berusia 33 tahun itu menunjukkan dia “mampu memanipulasi dan mengelak”, seperti ketika dia memberitahu pegawai keselamatan sempadan bahawa dia bekerja dalam bidang keselamatan supaya berhenti diperiksa.

“Tindakan Nagaentran membuktikan keputusan yang ‘disengajakan, bertujuan dan berdasarkan kira- kira’, dengan harapan bahawa usaha itu akan membuahkan hasil, walaupun terdapat risiko yang jelas.

“Ini cara kerja minda penjenayah, menimbang risiko dan faedah balas yang berkaitan dengan kelakuan jenayah yang berkenaan itu’.

“Nagaenthran mempertimbangkan risiko, mengimbanginya dengan ganjaran yang dia harap akan dapat, dan memutuskan untuk mengambil risiko itu,” kata CBN, memetik keputusan mahkamah.

Nagaentran berada di hukuman mati selama lebih sedekad kerana mengedar kira-kira 42.7g heroin ke Singapura.

Dia dihukum mati semalam selepas mahkamah menolak rayuan terakhirnya.

Dia dijangka disemadikan di kampung halamannya di Ipoh esok. Mk

Nagaentran IQ rendah bukan OKU intelek – Singapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker