Singapura tangguh sementara hukum mati Datchinamurty

Singapura tangguh sementara hukum mati Datchinamurty

Warganegara Malaysia yang dijadual menjalani hukuman mati di Singapura esok telah diberikan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu pendengaran kesnya pada 20 Mei, menurut peguam N Surendran.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Singapura berikutan perbicaraan dalam talian pagi ini dengan Datchinamurty Kataiah (atas) mewakili dirinya dari penjara.

“Datchinamurthy tidak akan dihukum bunuh esok.

“Dia telah berjaya dalam permohonannya untuk melarang pelaksanaan hukuman itu memandangkan dia mempunyai kes yang belum selesai di hadapan Mahkamah Tinggi Singapura yang ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 Mei,” kata Surendran melalui panggilan telefon kepada Malaysiakini.

Datchinamurthy dijadualkan dihukum mati esok, menurut surat bertarikh 22 April daripada Perkhidmatan Penjara Singapura.

Lawyers for Liberty pada satu kenyataan semalam, mendakwa Datchinamurthy tidak mempunyai pilihan selain menghujahkan kesnya sendiri kerana peguam di Singapura takut mewakili banduan hukuman mati itu kerana bimbang tindak balas daripada Peguam Negara Singapura Lucien Wong dan mahkamah republik itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu telah dijatuhkan hukuman mati di penjara Changi Singapura kerana mengedar 44.96g diamorfin pada 2015. Heroin ialah bahan mentah diamorfin.

Dia telah ditangkap pada 18 Nov 2011, bersama seorang wanita Singapura, yang tidak seperti Datchinamurthy, menerima hukuman penjara seumur hidup.

Jika pelaksanaan hukuman itu diteruskan seperti yang dirancang, ia akan berlaku hanya dua hari selepas hukuman mati terhadap seorang lagi warga Malaysia Nagaentran K Dharmalingam yang digantung kerana mengedar 44g heroin ke Singapura. Mk

Singapura tangguh sementara hukum mati Datchinamurty


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker