Hubungan Antara Kaum Mesti Dipertahan, Dipupuk Demi Kemakmuran Bersama – Zahid

Hubungan Antara Kaum Mesti Dipertahan, Dipupuk Demi Kemakmuran Bersama – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan antara kaum mesti dipertahan dan dipupuk demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian selepas menerima rakaman video daripada rakan media sosialnya yang memaparkan dua wanita, berlainan bangsa dan agama, iaitu Melayu dan India saling bersalaman dan bermaafan sempena hari raya ini.

Kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, hatinya bercampur baur antara sebak dan seronok tatkala menontonnya.

“Terima kasih rakan media sosial berkongsikan pada saya rakaman video ini beberapa hari lalu.

“Bagi saya apa yang dipertontonkan ini jelas merupakan wajah Malaysia yang sebenar. Betapa masyarakatnya hidup berbilang kaum, aman harmoni dan hormat-menghormati,” katanya dalam hantaran di laman facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau percaya Malaysia perlukan lebih banyak rakaman video seperti ini untuk saling mengingati.

“Kita pada hari ini menjadi contoh untuk generasi akan datang di sebuah negara bernama Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Hubungan Antara Kaum Mesti Dipertahan, Dipupuk Demi Kemakmuran Bersama – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker