Kes Covid-19 di Kelantan tak meningkat meskipun ramai perantau pulang

KOTA BHARU – Bilangan kes Covid-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, meskipun jangkaan awal akan berlaku kenaikan kes, namun sebaliknya berlaku dan jumlah kes masih pada dua digit.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan keberkesanan Pelan Pemulihan Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan program vaksinasi termasuk dos penggalak.

“Syukur kerana kita sudah masuk fasa peralihan ke endemik dan bilangan kes tidak banyak walaupun di peringkat awal kita menjangkakan dengan migrasi ramai rakyat dari negeri yang kes Covid-19 tinggi ke sini, maka akan berlaku kenaikan.

“Kita bersyukur kerana sehingga hari ini iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas Aidilfitri kes masih tidak menunjukkan peningkatan dan masih kekal di dua digit,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Bersama Media di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini pada Selasa.

Katanya, meskipun terdapat kes baharu, jumlahnya tidak tinggi malah kemasukan ke hospital juga berkurangan termasuk kes serius yang membawa kepada kematian.
“Bagi saya vaksin amat berkesan bagi mencegah Covid-19 daripada menjadi semakin buruk dan ia satu kejayaan besar kepada usaha kerajaan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak dan dos penggalak yang agak rendah di negeri ini, Dr Izani berkata, jumlah kes yang semakin berkurangan mungkin menyebabkan sebahagian penduduk menangguhkan vaksinasi.

“Kemungkinan ada penduduk yang merasakan kita sudah berjaya mendapat imuniti kelompok sehingga tidak perlu lagi mendapatkan vaksin,” katanya. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker