Tinggal di flat selera banglo

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesan lima flat di bawah pentadbirannya yang didapati se­ring me­lakukan pengubahsuaian kediaman secara melampau sehingga melanggar peraturan.

Kediaman terbabit ialah di Flat Kos Rendah Kuchai Entrepreneurs Park, Flat Sri Langkawi, Flat Kos Rendah Seksyen 2, Flat Kos Rendah Seksyen 4 dan Pangsapuri Andika, Setapak, Kuala Lumpur.

Kebanyakan penghuni di flat terbabit membuat pengubahsuaian de­ngan membina din­ding tambahan di rumah masing-ma­sing terutama penghuni yang tinggal di unit bahagian tepi dan aras bawah.

DBKL dalam satu kenyataan kepada Kosmo! mengakui isu ubah suai kediaman flat semakin berleluasa selepas tahun 2010.

“DBKL telah mengenal pasti lima flat yang sering melanggar peraturan ubah suai kediaman di sekitar Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, DBKL telah mengambil tindakan pengeluaran notis dan surat pembe­ritahuan di bawah peruntukan undang-undang terhadap pemilik-pemilik kediaman tersebut,” katanya.

Kerja-kerja ubah suai yang dijalankan melibatkan penambahan bilik di aras dua di belakang flat di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Sementara itu, DBKL menyenaraikan tiga akta yang menjadi panduan terhadap kesalahan para penghuni flat dalam pe­ngubahsuaian kediaman.

“Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267) di bawah Seksyen 29; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, (Akta 133) di bawah Seksyen 70 dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2015, Jadual Ke Tiga, ­Undang-Undang Kecil, Bawah Bahagian 7 Pengubahsuaian,” jelasnya.

Sehubungan itu, sebanyak 39 notis telah dikeluarkan oleh DBKL merujuk kepada pelbagai kesalahan pengubahsuaian kediaman bagi tempoh 2017 sehingga 2021.

“Manakala sebanyak 70 surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh Bahagian Teknikal, Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (COB, JPPH) sepanjang lima tahun setakat 2022.

“Angka tersebut meningkat setiap tahun iaitu lima kes tahun 2016 dan meningkat kepada 16 kes tahun 2017 dan kekal tinggi sehingga 19 kes 2020.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 15 kes yang berjaya dilaksanakan tindakan roboh iaitu empat kes di Parlimen Kepong; sembilan di Parlimen Bukit Bintang, satu kes di Parlimen Batu dan satu lagi kes di Parlimen Wangsa Maju,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, antara masalah yang timbul ekoran sikap degil penghuni membuat pengubahsuaian kediaman secara tidak terancang telah menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dan juga menghalang laluan awam (common area).

“Ubah suai tambahan yang dilakukan di tingkat bawah telah dibina di atas permukaan longkang sehingga menyusahkan dan menghalang kerja penyelenggaraan di kawasan terbabit.

“Keadaan akan menjadi hala­ngan utama sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker