Hamzah umum satu lagi SD sokong PN telah dihantar ke Istana Negara

PN menerima satu lagi surat akuan berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Parlimen yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri ke-10.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata surat akuan berkenaan telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.

Semalam, PN mendakwa telah mengemukakan lebih 112 SD daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi masa kepada pemimpin parti dan gabungan sehingga 2 petang hari ini untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing.

PN menang 73 kerusi dalam PRU15, kurang 39 kerusi untuk mendapat majoriti mudah, 112 di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.

Pada malam Sabtu, Pengerusi PN Muhyiddin berkata, beliau telah mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri, membayangkan beliau boleh mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menafikan perkara itu dengan menyatakan BN tidak berunding dengan mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim sejak itu berkata, PH dan BN sedang berunding untuk membentuk kerajaan, dan pemimpin kedua-dua gabungan dilihat pada mesyuarat di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Majlis Tertinggi BN kini sedang bermesyuarat menjelang tempoh akhir 2 petang ini yang ditetapkan oleh Istana Negara.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker