Keputusan telah dibuat, Ahli Parlimen BN sedang bermesyuarat

Keputusan telah dibuat, Ahli Parlimen BN sedang bermesyuarat

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk membentuk kerajaan, dengan Ahli Parlimen gabungan itu kini sedang bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.



“Kami mengadakan perbincangan yang baik. Belum ada tandatangan akuan berkanun. Biar setiausaha agung BN keluarkan kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong mengelak daripada menjawab soalan pemberita, sekadar berkata bahawa BN akan membuat pengumuman, sebelum masuk ke dalam keretanya.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan PH dan BN sedang berunding untuk membentuk kerajaan persekutuan bersama.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi tempoh sehingga 2 petang hari ini kepada pemimpin parti dan gabungan untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing. FMT



Keputusan telah dibuat, Ahli Parlimen BN sedang bermesyuarat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO



UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker