Terima Kasih YAM Tg Azlan Kerana Memilih UMNO Sebagai Pilihan, Kita Terus Berjuang – Ahmad Zahid

Terima Kasih YAM Tg Azlan Kerana Memilih UMNO Sebagai Pilihan, Kita Terus Berjuang – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar kerana memilih UMNO sebagai pilihan.

“Terima kasih YAM Tengku Azlan kerana memilih UMNO sebagai pilihan. Kita terus berjuang,” kata Ahmad Zahid dalam satu perkongsian di Facebook.

Hari ini, Tengku Azlan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Temerloh serta-merta dan kembali ke pangkuan UMNO.




Dalam sidang medianya itu, Tengku Azlan turut menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Jelas Tengku Azlan juga, keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan parti UMNO yang begitu lama pernah disertai sebelum ini adalah kerana yakin dan percaya parti UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam.

“Saya menyokong penuh pendirian Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dalam isu perlembagaan baru-baru ini yang mana telah menimbulkan kesan di kalangan rakyat negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti mempertahankan perlembagaan negara tanpa mengira fahaman politik.

“Kita seharusnya mendokong Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan berdasarkan yang telah termaktub dalam Rukun Negara. Sesungguhnya Perlembagaan Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita.”



Tengku Azlan yang juga merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal dari 1999 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2008. – UMNO ONLINE

Terima Kasih YAM Tg Azlan Kerana Memilih UMNO Sebagai Pilihan, Kita Terus Berjuang – Ahmad Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Amboi Mona Allen! Baik Punya….



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker