Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai


Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar Hari Gawai terus menyemarak keharmonian di antara kaum dan memperkukuh perpaduan sesama rakyat. – Foto Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya di Sarawak.

Dalam kenyataan menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar perayaan itu terus menyemarak keharmonian di antara kaum di Malaysia dan memperkukuh perpaduan sesama rakyat.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga Hari Gawai ini disambut dengan kebiasaan baharu dan dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.



“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak COVID-19 dengan bersama-sama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan.

“Lindungi diri, lindungi semua,” menurut kenyataan itu. BERNAMA

Hari Gawai dibenarkan sehari sahaja, tanpa ‘ngabang’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker