Tiada elaun buat sukarelawan, KKM berdepan kritikan

Tiada elaun buat sukarelawan, KKM berdepan kritikan

Kementerian Kesihatan (KKM) dikritik kerana tidak menawarkan sebarang faedah kepada sukarelawan yang ingin membantu memerangi wabak Covid-19, walaupun peruntukan untuk sukarelawan telah diumumkan kementerian lain.

Sebuah poster yang dimuat naik di platform media sosial KKM minggu lalu meminta penyertaan sukarelawan seperti pegawai perubatan dan jururawat tetapi menyatakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun tidak disediakan.



“Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri,” menurut poster berkenaan.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan pada April Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah memperuntukkan RM200 juta bagi sukarelawan bukan perubatan, dan RM147 juta bagi elaun sukarelawan perubatan.

“Saya baca notis KKM itu dan ingat ia berita palsu, sama sekali tidak realistik. Memang satu jenaka kalau benar,” katanya.

Kata beliau, tidak perlu memanggil sukarelawan kerana sudah ada sumber manusia berlebihan di kementerian lain, bahkan majlis tempatan.



Dr Thanussha Francis Xavier.
Lee berkata, perdana menteri hanya perlu mengeluarkan arahan untuk setiap kementerian meminjamkan “mungkin lima hingga 10%” daripada kakitangan mereka kepada KKM atau MOSTI untuk membantu dalam usaha vaksinasi.

Para penjawat awam ini boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran, menjaga pusat panggilan atau mengendalikan pendaftaran, tambahnya,

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy berkata, paling tidak elaun makanan dan perjalanan perlu disediakan.

Sukarelawan juga perlu diberi vaksin, katanya, kerana mereka akan terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi.



Naib Presiden MUDA Dr Thanussha Francis Xavier mempersoalkan kekurangan peruntukan dalam KKM yang menerajui usaha memerangi Covid-19.

“Ini bukan NGO yang cuba membantu golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Panggilan bagi sukarelawan sebelum ini mengkehendaki mereka berdaftar dengan badan profesional mereka, tetapi notis minggu lalu tidak meletakkan syarat sebegitu.

Antara sukarelawan lain yang diperlukan adalah pegawai pergigian, pegawai kesihatan persekitaran, serta juruteknologi makmal perubatan. FMT



Tiada elaun buat sukarelawan, KKM berdepan kritikan


  Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


KKM masih buka peluang jadi sukarelawan ujian fasa 3 vaksin Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker