KKM masih buka peluang jadi sukarelawan ujian fasa 3 vaksin Covid-19


Kementerian Kesihatan (KKM) masih membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19.

Dalam satu hantaran menerusi laman Twitter rasmi KKM, kementerian itu memaklumkan antara syarat yang diletakkan adalah pemohon perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat.

“Sertai Kajian klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 dalam menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin Covid-19 dan anda berpeluang menyumbang dalam usaha memerangi wabak Covid-19,” kata KKM.

Sehingga kini lebih 7,000 individu telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang telah bersetuju untuk menyertai kajian ini.

“Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama.

“Bagi yang berminat, anda boleh hubungi sembilan hospital terlibat yang berdekatan untuk pendaftaran,” katanya.

Hospital terlibat yang boleh dihubungi adalah, Ampang, Umum Sarawak, Pulau Pinang, Seberang Jaya, Sultanah Bahiyah, Raja Permaisuri Bainun, Taiping, Sungai Buloh dan Sultan Abdul Halim.

30 Jan lalu 62 sukarelawan menjadi individu dan kumpulan terawal di Malaysia yang menerima suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai PetaSehingga kini lebih 7,000 individu telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang bersetuju menyertai kajian ini.ni, Kedah.

Jumlah berkenaan adalag sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin di hospital berkenaan. FMT

COVID: Malaysia perlu gerakkan sejuta sukarelawan bukan perubatan bantu barisan hadapan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker