Hari Gawai dibenarkan sehari sahaja, tanpa ‘ngabang’

Hari Gawai dibenarkan sehari sahaja, tanpa ‘ngabang’

Hari Gawai dibenarkan sehari sahaja, tanpa ‘ngabang’

Sarawak memutuskan untuk meraikan sambutan Hari Gawai pada I Jun ini hanya dibenarkan sehari sahaja tanpa aktiviti ‘ngabang’ atau ziarah bagi semua kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, penetapan standard operasi prosedur (SOP) yang dikeluarkan itu adalah menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Kata JPBN, sambutan hanya dibenarkan antara ahli keluarga serumah dan keluarga sebilik sahaja bagi mereka yang menghuni di rumah panjang masing-masing.

“Untuk sambutan pra Gawai pada malam 31 Mei turut hanya dibenarkan bagi ahli keluarga serumah dan ahli keluarga sebilik bagi rumah panjang.

“Manakala upacara miring pula dibenarkan bagi kawasan PKPB sahaja dan hendaklah diadakan di kawasan atau ‘ruai’ yang ditetapkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan kehadiran dihadkan kepada 20 orang sahaja,” jelas JPBN dalam satu kenyataan.

JPBN menegaskan, bagi aktiviti penghantaran piring ke tiang pengingat serta di tiang hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja dengan wajib memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan mengimbas kod MySejahtera.

Bagaimanapun, tambah JPBN lagi individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk atau selesema dilarang bagi mengikuti upacara berkenaan.

Dalam pada itu, JPBN menerusi UNIFOR turut mengingatkan kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikan Hari Gawai nanti tidak balik kampung merentas zon seperti yang telah ditetapkan.

‘Malah majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis kesyukuran, upacara memandikan anak di sungai, sabung ayam, sukaneka dan lain-lain adalah tidak dibenarkan semasa sambutan berlangsung nanti,’ “ujar JPBN.

Hari Gawai dibenarkan sehari sahaja, tanpa ‘ngabang’

Sambutan Aidilfitri di Sarawak dibenar sehari saja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker