Resepi sambal udang petai meletop



Sebaran :

Resepi sambal udang petai meletop
Resepi sambal udang petai meletop

Anda suka makan juadah sambal udang petai? Kali ini kita kongsikan resepi sambal udang petai yang mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan.

Cara penyediaannya pun mudah dan tidak mengambil masa. Jom cuba!



BAHAN :

1 kg udang
3 papan petai
2 sudu besar cili kisar
¼ cawan air asam jawa
1 sudu besar gula
Sedikit belacan
Minyak masak untuk menumis
Garam

BAHAN KISAR

7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA :  

1.Panaskan minyak, tumiskan cili, bahan kisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air asam jawa, udang, gula, belacan dan garam secukup rasa.
3.Akhir sekali masukkan petai, masak selama 15 minit.



Resepi oleh Sri Rahyu, Kuala Terengganu.

Resepi sambal udang petai meletop


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


Resepi Macaroni Goreng Sempoi


Sebaran :


Leave a Reply